Home » Insuran Cermin Kereta

Claim Insuran Cermin Kereta

Insuran Cermin Kereta

Adalah tidak asing untuk masyarakat zaman kini untuk mendapatkan insuran sebagai langkah berjaga-jaga. Insuran merupakan satu perjanjian antara syarikat insuran dan individu yang mengambil insuran. Syarikat insuran bertanggungjawab untuk menanggung kerugian individu sekiranya sesuatu berlaku kepada individu tersebut. Semua ini tertakluk kepada pakej perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Terdapat pelbagai jenis insuran, termasuklah insuran yang meliputi perlindungan untuk cermin kereta anda.

Perlindungan cermin kereta merupakan tambahan kepada pakej insuran kereta atau takaful yang sedia ada. Anda perlu untuk memaklumkan kepada ejen takaful anda untuk menambahkan perlindungan cermin kereta ke dalam pakej insuran kereta anda. Sekiranya cermin kereta anda retak atau pecah, anda boleh membuat tuntutan atau claim insuran cermin kereta anda. Ini dapat mengurangkan bebanan kewangan bagi menggantikan cermin kereta anda. Ramai yang berpendapat insuran cermin kereta tidak penting kerana mereka belum pernah memerlukan pembaikan atau penukaran cermin. Namun, sama seperti insuran lain, insuran ini penting untuk melindungi anda dari apa yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang.

Auto Glass Repair Services

Langkah-Langkah Membuat Tuntutan Insuran Cermin Kereta

Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda ingin menukar cermin kereta anda adalah seperti berikut.

Langkah 1

Pertama sekali, anda perlu membawa kereta anda kedai kami mengikut tarikh dan masa temu janji yang telah diberikan.

Langkah 2

Kemudian, anda perlu mengambil gambar cermin kereta sebelum dan selepas ditukar atau dibaiki. Anda perlu membuat bayaran untuk kos baik pulih menggunakan wang anda terlebih dahulu untuk memulakan proses penukaran cermin kereta.

Langkah 3

Seterusnya, anda boleh membuat tuntutan dengan mengisi borang dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan syarikat insuran. Pihak kedai hendaklah dimaklumkan untuk kami uruskan dokumen yang diperlukan dan hubungi syarikat insuran anda.

Langkah 4

Selepas itu, anda hendaklah membawa cover note yang menyatakan jumlah yang ditanggung oleh syarikat insuran dan sediakan wang tambahan sekiranya kos penuh pembaikan lebih dari apa yang ditanggung syarikat insuran. Begitu mudah sekali untuk anda tukar cermin kereta dan claim insuran.

Car Windshield Repair & Replacement

Tuntutan Insuran Cermin Kereta Anda

Selain daripada servis baiki dan menukar cermin kereta, kedai kami juga menawarkan servis tuntutan atau claim insuran cermin kereta anda. Ini kerana kami terpilih untuk bekerjasama dengan pelbagai syarikat insuran untuk membantu pelanggan kami untuk membuat tuntutan insuran apabila anda tukar cermin kereta di kedai cermin kereta kami. Anda boleh menjangkakan proses tuntutan (claim) ini untuk berjalan dengan lancar sekali. Di samping tukar cermin kereta, kami juga akan membantu anda untuk menuntut daripada polisi komprehensif sekiranya anda tiada perlindungan cermin kereta. Tetapi, cara ini akan mempengaruhi kewangan anda untuk masa akan datang.