Home » Baiki Cermin Kereta

Baiki Cermin Kereta

Kepentingan Cermin Kereta Yang Baik

Cermin hadapan merupakan satu komponen yang sangat penting untuk sesebuah kereta. Hampir semua kereta di atas jalan raya diwajibkan untuk mempunyai cermin hadapan kereta. Hanya segelintir sahaja jenis kereta yang diberikan kelulusan untuk tidak mempunyai cermin hadapan. Cermin hadapan kereta merupakan kaca yang dilapisi dengan lapisan keselamatan yang diletakkan di bahagian hadapan kereta. .

Auto Glass Repair Services

Fungsi Cermin Hadapan Kereta

 Ia penting untuk semua pemilik kereta untuk segera kunjungi kedai baiki cermin kereta sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada cermin hadapan kereta anda. Ini termasuk keretakan kecil mahupun keretakan besar. Kedai cermin kereta kami dilengkapi dengan pakar untuk menawarkan pemilik kereta penyelesaian yang sesuai dan lengkap untuk masalah cermin kereta anda. Setiap pakar kami telah dilatih secara profesional, berpengalaman, dan merupakan juruteknik yang berkelayakan. Terdapat pelbagai fungsi yang amat penting bagi cermin hadapan kereta, termasuk fungsi yang sering diketepikan oleh pemilik kereta.

Memberi Pandangan yang Jelas 

Antara fungsi cermin hadapan kereta ialah memberi pandangan yang jelas dan tidak terhalang untuk pemandu, menahan mereka yang berada di dalam kereta dari angin yang dihasilkan dari pemanduan, membantu menahan tekanan dari beg udara ketika digunakan, dan melindungi bahagian dalam kereta daripada habuk, batu, serpihan, serangga, hujan, dan pelbagai benda lain yang boleh dihadapi apabila sedang memandu.

Penting untuk Keselamatan

Cermin hadapan kereta juga mempunyai fungsi keselamatan penting untuk struktur kereta, seperti menahan siling kereta dari melendud ke dalam kereta. Ia juga berfungsi untuk memberikan kekuatan sebanyak 40 peratus untuk menampung bumbung kereta dan berfungsi sebagai struktur yang mengelakkan bumbung kereta dari jatuh menghempap penumpang sekiranya kereta anda terhempap oleh runtuhan atau tiang yang berat.

Car Windshield Repair & Replacement

Kedai Baiki Cermin Kereta

Sebagai sebuah kedai cermin kereta, adalah menjadi kebanggaan untuk kami dalam memberikan servis baiki cermin kereta dengan harga yang berpatutan dan prestasi yang cemerlang tanpa mengambil banyak masa pelanggan kami. Memandangkan kedai baiki cermin kami sangat mengutamakan kualiti, kami hanya menggunakan cermin kaca yang tulen dan telah diluluskan dan dipilih agar sesuai dan selamat bagi setiap kereta yang dihantar untuk dibaiki atau ditukar cermin hadapan kereta mereka.

Hubungi pihak kami untuk mendapatkan khidmat rundingan profesional untuk kenalpasti sama ada cermin kereta anda perlu ditukar atau sekadar dibaiki dengan servis automatik. Sekiranya cermin kereta anda hanya mempunyai sedikit keretakan, kemungkinan ia akan dapat dibaiki secara automatik. Namun, cermin hadapan kereta anda hendaklah ditukar sekiranya keselamatan pemandu dan penumpang terjejas dengan kerosakan cermin hadapan kereta anda. Juruteknik kami sentiasa terbuka untuk menawarkan khidmat nasihat profesional agar setiap pelanggan kami mendapat penyelesaian yang sesuai untuk baiki cermin kereta anda yang menepati piawaian yang telah ditetapkan pihak berkuasa.